MY COMPANY


AEMAN HADEEF'S AGE


ARYAN HAFIY'S AGE


Wednesday, October 14, 2009

YouthSays | YouthSays, Malaysia's Largest Youth Opinion Community

Shared via AddThis

Tuesday, October 6, 2009


Ini dia baby Aryan .
Berat Lahir : 2.74 kg .
Tempoh Duk sepital : 11 hari .
Mode Bersalin : Normal .
Tarikh Lahir : 22/09/2009 (3 Syawal) .



Wednesday, September 30, 2009

Good News !!!

Papa baru call, inform adik nak pindah K5 dah:)
Mean , mama leh temankan adik dah kat wad:)
Adik,cepatlah sembuh...
Huhuh..kena tinggalkan abg Aeman dkt ibu lagi la masa papa gi keje ..
Cian plak dekat Aeman..
Sabar ye semua.. Ni semua dugaan. Ada hikmah di sebalik ni..
Insya Allah..

Semalam, baby Aryan ditempatkan di stage 1 kat wad, (bukan illness case)..Huhu dia dah duduk dalam baby coat. Bukan dalam inkubator lagi :) ..Semoga anak mama , baby Aryan cepat sembuh... Amin Ya Allah..

Dapat breastfeed dia directly. Dapat sentuh , peluk , cium dia . Huhuh.. tapi x puas la.. Sebab jumpa sekejap jer. Hantar susu perah tu dan tengok perkembangan dia. Tulah rutin setiap hari sepanjang babty Aryan duk dalam wad. Haa..lagi satu Aeman dah dapat tengok adik dia :) . Suka dia tengok mama dukung adik dia.

Adik Aryan cepatlah sembuh.. Boleh balik sama-sama :) .Jumpa abang Aeman :)

Friday, September 25, 2009



Ni gambar raya yg sempat diambil ketika hari raya pertama. Sempatlah si Aeman menikmati suasana hari raya dalam mama ngah kesakitan nak beranak..
Huhu.. malam tu jer terus pergi hospital,dan mama terus kena tahan wad.

Pada hari raya kedua mama beraya di hospital, pukul 10.30pm , mama ditolak ke labour room. Pukul 11.30pm doktor pecahkan air ketuban. Papa temankan mama sepanjang menanti adik lahir.

Tepat pukul 6.23 pagi (22/09/2009),hari raya ke tiga.. Adik selamat mama lahirkan.. Terdengarlah tangisan Muhammad Aryan Hafiy subuh-subuh tu. Legalah mama rasa..

Tapi... pada siang harinya setelah mama ditolak ke wad kembali, adik telah dihantar ke NICU untuk rawatn lanjut. Kaki adik biru,nafas berbunyi,dada tinggi,pernafasan adik kelam kabut, and adik tak nak menyusu..

Sehingga kini dah 6hari adik berada di sana.. Semoga adik selamat dan cepat sembuh. Kami rindukan adik....

Wednesday, July 22, 2009

Huhuhu.. its back!! Actually barang baby dlm perut ni dah borong bln 5 lepas. Tapi,baby besar kat luar tu banyak dah rasmikan semuanya. Ape jer tinggal??? Hahaha..dgn badan dia semakin tembam,baju dia semua dah fit. Cian adik Aeman , terpaksa mewarisi barang2 abang dia nanti. Abang dia dapat barang baru semuanya, adik dapat seond hand jelah yerk..

So ni kena wat reminder ni.. Takut ter"miss" lak.. To all mummies , hurry!!! sila klik sini ...

Sunday, July 19, 2009

Yang ni tak tau ape nama kuih ni.. Main bedal buat jer ...

Bahan inti :
-Sardin
-Bawang merah (cincang)
-Bawang Putih (cincang)
-Lada sulah
-Kobis (racik halus)
-Garam
-Gula

Bahan kulit :
-Tepung gandum
-Serbuk kunyit
-Lada
-Telur

Cara-cara :
-Kulit buat macam buat lempeng tu..
-Intinya,tumis semua bahan .
-Nak wat kuih ni, sapu inti atas kulit.Pastu balut elok-elok.
-Dah siap pun.hahaha....

Ni 3 doh pizza buatan sendiri..Wakaka..entah ape ape ajer.. Ade version hangus, Version kulit tebal , and version sempurna pun ade gak. So x x payah la aku letak resipi kat sini .Kih kih kih..

Wednesday, July 8, 2009

Senarai keperluan bayi di hospital
• 2 helai tuala mandi
• 2 helai selimut
• 20 helai kain lampin / pampers
• 2 pin besar
• 4 helai seluar kalis air
• 4 helai baju / baju sejuk
• 4 pasang seluar panjang
• 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan

Senarai keperluan ibu di hospital
• 1 helai tuala mandi
• 1 helai tuala muka
• 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
• 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
• 1 helai pakaian biasa
• 2 pasang stokin
• 1 pasang selipar
• 3 helai coli khas untuk menyusu
• 2 pasang pelapik coli
• 5 helai seluar dalam pakai buang
• sikat
• berus gigi dan ubat gigi
• barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
• pakaian untuk pulang ke rumah
• bahan bacaan
• susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
• surat rujukan doktor
• kad pengenalan anda
• kad pengenalan suami anda
• surat nikah
• wang

Pakaian bayi:
* 3 helai tuala mandi
* 4 helai tuala muka
* 20-30 keping pampers atau lampin
* 3 pin besar (safety pin)
* 6 pasang seluar kalis air
* 6 pasang baju kain kapas (lengan pendek dan panjang)
* 6 pasang seluar panjang
* 2 helai baju sejuk
* 6 pasang sarung kaki
* 6 pasang sarung tangan

Barang-barang penjagaan bayi:
* sebaiknya pilih barangan hipoalergenik (mengurangkan risiko alahan)
* syampu bayi
* mandian bayi
* bedak bayi
* losyen bayi
* tisu basah bayi (wet tissue)

Peralatan sampingan:
* katil
* tilam
* 3 helai sarung tilam
* 2 helai selimut
* 2 helai pelapik plastik/getah
* 2 buah baldi berpenutup untuk lampin basah/kotor
* kapas
* putik kapas
* gunting kecil
* pemotong kuku
* tab mandi
* barang permainan


Makanan bayi:
* dapatkan nasihat doktor anda berhubung dengan perkara ini

Lain-lain keperluan:
* kereta sorong
* kerusi beroda (walker)
* kerusi makan bayi
* kerusi keselamatan kereta

Harapan seorang insan bergelar isteri, cukuplah sekadar......

* Kalau keluar berjalan, tak perlu dipeluk pinggang cukuplah sekadar berpegang tangan tanda ikatan....

* Kala petang suami pulang, bukan minta di peluk cium cukup sekadar sentuhan mesra agar hilang penat badan....

* Bila hari patut di kenang, bukan harap emas berlian cukup sekadar sekuntum bunga tanda kasih dan sayang....

* Bila perut dah kenyang, bukan pujian yang diharap cukup sekadar senyuman harap-harap keringat dikenang....

* Bila melahirkan zuriat mu sayang, cukuplah sekadar sebuah kucupan didahi meski pun bagai melayan nyawa dari badan....


Nilailah diri, tanyalah hati, tafsirlah sendiri dimanakah letaknya diri disisi insan bergelar isteri.Tanyalah diri, lu fikirlah sendiri..!!!!

Tuesday, June 30, 2009

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Gejala-gejala Ruam Lampin

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

* Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

* Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

* Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

* Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

* Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok- tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

*Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

*Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

*Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

*Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

*Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

*Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..

*Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

*Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.

*Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Jangan…
  • Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
  • Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
  • Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.

Monday, June 29, 2009


Menu lunch tadi..hahaha..simple coz dah lapar sangat...sedap & lazat..

PASTA DELICIOUS MAMA
Bahan² :
pasta
hotdog
daging kisar
cili besar
sayur² hijau
bawang merah
bawang putih
cili kisar
sos tomato
air perahan limau

Cara ² :
*Rebus pasta dgn garam.toskan.
*Tumis semua bahan dgn minyak(boleh ganti dgn marjerin@butter) sikit sehingga naik bau & masak.
*masukkan pasta td.siap dihidang...hehehehe..



Yang ni pulak menu lunch aeman. Asyik bubur nasi jerk..hari ni meh mama tukar selera Aeman lak..

PASTA AEMAN

Bahan² :
pasta (siap direbus)
bawang merah & putih (kisar)
daging kisar
carrot
bawang goreng
kiub ayam (sedikit ajer)
air

Cara² :
tumis tanpa minyak daging kisar bersama bawang(sebab nanti daging kuarkan minyak,minyak x elok untuk baby).masukkan semua carrot ,air & kiub ayam.Rebus sehingga pasta & carrot lembut.Siap dihidang. Aeman pun tersenyum bila disuap oleh papa..Hehehe..sedap,lazat & berkhasiat.


Hahaha..ni menu aku dgn hubby mlm tadi.dlm kul 12 lebih kami wat roti ni sama-sama..lapar punya pasal..

ROTI BAKAR SARDIN

*roti gardenia
*sardin(ambil isi je)
*mayonis
*sedikit garam
*sedikit gula
*lada
*bawang merah
*sos tiram
*sos cili
*cheddar cheese

CARA :
*gaul suma bahan. sapu atas roti.taburkan cheese. Bakar sehingga masak.Nyum,nyum,rangup & sedapppp.....

Saturday, June 20, 2009

Father's Day Comments

HAPPY FATHERS DAY TO PAPA !!

Loved by : Aeman, Adik & Mama ....

Yang yahoo tu dah lame perasan..Setiap contact lists aku dapat offline message dari ym aku setiap hari.even aku x online hari2.Kebanyakannye dapat buzz dr aku..pelik tu..aku x wat pon.. Then yang betul² sure & konpem bila hubby inform yahoo profile aku link dekat org lain..giler... Sakit hati jerk rase..pastu nak clearkan keadaan & bersihkan nama baik aku di dunia cyber ni..heheheh..aku pm la semua contact lists aku,inform yang buzz tu aku..Pastu tindakan lembab aku ialah tukar password..sayang oo nak tukar id aku ni & nak wat ym baru.. Pastu aku dah xonline dah..bengang ngan insiden tu punya pasal + tak de mood nak online ym dah.. then hatiku baru tergerak tadi nak check mybloglog..SAH giler itu bukan id aku..segala profile aku dah berukar dgn ni "DaChik02866"..pastu check punya check, ramai lagi org lain kena mcm aku ..giler..skag dh ok..insya allah..

Friday, June 19, 2009

1.Bilakah kali terakhir anda cuci toilet?
semalam

2.Pencuci apa yg anda guna?
Entah ape nama entah..asal berpatutan beli jerk

3.Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
1mgu 2x-3x..Heheheh..penat wooo..

4.Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
Make sure anak dah siap makan,mandi..Malam nak relaks jer after anak tido

5.Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Paling simple sangat mee megi..tapi jarang la..kalau teringin je.Selalu tu roti@biskut jer.Malas masak malam².Kalau terpaksa macam semalam,hubbby suruh goreng sotong ball..kekekeke

6.Minuman yg anda buat setiap pagi?
Setiap pagi wat minuman sendiri & aeman jerk.. aku-susu anmum & aeman-susu soya botol dia la..ape lagi..hiks..hubby xpayah..dia xkisah pun kalo aku wat pape air pepagi..air sejuk kosong dlm peti ais jugak yg dia carik..huhuh..kadang² aku wat dia minum gak la

7.Sebelum tido apa yg anda lakukan?
go to toilet..wat ape yang patut

8.Harus menjawab tag ini?
sesape nak jawab silakan..hehehe

1) Pada umur berapakah anda menerima gaji pertama & pekerjaan anda?
18 thn - lepas SPM,lepas habis PLKN sementara tunggu offer belajar...kat pasaraya Yung Fa Kulai..dpt la sebulan RM600++...penat giler..

2) Berapakah jumlah wang simpanan anda sekarang?Besarkan jwpn anda.
A. kurang 5ribu
B. Lebih 5ribu
C. Blm ada simpanan

3) Apakah aset pertama yg anda beli atas nama anda dan umur anda ketika itu?
Xde lagi..Kete nama suami..baru plan nak beli rumah ni

5) Adakah anda pemegang credit card utama dan brp jenis credit card anda miliki?
Xjd master..xmo pakai cdt card..biar husband jer pakai..hehehe

6) Adakah anda menyumbang dlm perbelanjaan seisi keluarga, nyatakan?
Sekarang since x keje tidak lagi..hehehe

7) Pernahkan anda terfikir utk membuat kerja sambilan?
Pernah .. banyak giler dalam planning nye..

8) Sekiranya anda perlu menyediakan sejumlah wang yg banyak utk rawatan hospital adakah anda bersedia?
Ya, selagi aku @ hubby bkerja, selagi tu company cover. Sekarang ni hubby punya cukup nak cover seisi keluarga.

9) Adakah anda mempunyai wang persaraan? cth: KWSP atau retirement plan etc.
Ya , seperti cth di atas..lain2...simpanan..

10) Adakah anda selesa dgn pendapatan seisi keluarga anda sekarang?
Alhamdulillah..setakat ni semua cukup dan bersyukur dengan ape yg ade

11) Tag ini sangat sesuai utk mengetahui status kewangan 5 sahabat
sesape nak jawab silakan..hehehehe


Tadi check up mama.. Boleh plak diorang cakap berat badan aku naik terlebih dalam masa sebulan lepas.Dinasihati supaya maintain pertambahan berat normal hanya 2kg setiap bulan.Al maklumlah, sejak duk umah ni makan cukup, rehat cukup dan tido pun cukup. Hehehe lagi satu, bukan senang berat badanku nak naik tau. Dah naik sikit pun kena tegur pulak.. Then, nurse tu bagi aku this book "Panduan Pemakanan Sihat",
disebabkan terlebih berat diorang suh aku follow pape dalam buku tu..Huhuhuh... Kekeke, aku rasa tak perlu kot. Just kurangkan kuantiti makanan yang sedia ada sekarang jer.

Thursday, June 18, 2009


Kenduri Kahwin anak Kak Nor kat Kahang Timur, Kluang. Spend 4hari dekat sana. First, tuju kampung halamanku yang tercinta, Sungai Sayong..Huhuh..kan berseri kalau rumah tu masih ada penghuni tetapnya .Teringat pula kenangan zaman silam,zaman kanak-kanak.. Pastu tidur dekat umah Kak Ani pulak. Syoknya dapat kumpul adik beradik. Walau tak semua ada, tak semeriah dulu, tapi kemeriahan tu tetap dirasa, inilah first time aku kumpul dengan dorang bersama keluarga ku sendiri.Dah beso panjang aku rupenye..heheh..Selalu ingat aku yg paling kecik ajer..



Yang ni pulak nyer ,
Pastu papa,mama and last sekali Aeman kena demam campak pulak...
Ni lah rupa budak xsedar diri dia demam..

Blog Widget by LinkWithin

JOM SINGGAH SINI JAP